Senarai Blog Saya

Selasa, 12 Januari 2010

Saat2 suka dan duka buat putera kesayanganku....

Suatu ketika dulu pernah juga aku terfikir....
Mengapakah nasib ku begini....
Mungkin tuhan itu maha mengetahui ttg sesuatu dan ingin mengujiku....
Sejauh mana kesabaran dan keimananku....
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat melaluinya dengan penuh redha dan  rasa bersyukur...


NICU di Institut Jantung Negara
Selama 1 tahun setengah mama, papa, dan seluruh ahli keluarga terutamanya ibu, ayah dan mak menjaga adik dengan penuh sabar di hospital....
Kami semua tidak putus2 berdoa agar adik dikurnuakan kesihatan dan keselamatan...
Dan akhirnya, berkat kesabaran itu mama telah diberikan kesenangan dan kebahagiaan yg tidak ternilai harganya dr tuhan yg maha esa.
Saban hari mama melihat perkembangan adik dari tidak pandai meniarap sehingga kini adik telah pun pandai berjalan, berlari, bercakap...tetapi ader kalanya tak difahami....
Tetapi mama terus panjatkan rasa kesyukuran itu kerana tuhan masih lagi memberikan mama peluang untuk melihat adik terus membesar di hadapan mata kami semua...


          




          Dan inilah diantara wajah2 riang putera mama sehingga kini...
Mudah2an apa yg mama coretkan ini berguna untuk tatapan adik di masa hadapan...
Apa yg mama dan papa harapkan supaya adik terus diberikan kesihatan yg baik dan tabah mengharungi segala dugaan yg tiba....
Bila adik membesar, ingatlah bahawa kasih sayang itu tidak tenilai harganya...
Jadilah insan yang berguna bagi membalas jasa kami semua...
semoga sihat selalu sayangku

Isnin, 11 Januari 2010

1st day..n..1st time...

alhamdulillah,

syukur pada Allah S.W.T kerana buat pertama kalinya saya dapat merealisasikan impian untuk mempunyai blog sendiri......diharapkan, inilah permulaan yg terbaik dalam tahun  
                         2010, insyaallah...
                         sehingga berjumpa di lain kali..

                         wassalam.